army :)

SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD) 
“BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT”
 Tentera Darat Malaysia mempelawa pelajar-pelajar LELAKI lepasan PMR 
untuk melanjutkan pelajaran di dalam 
bidang vokasional selama 2 tahun di 
Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD),
 Port Dickson,  Negeri Sembilan.  
Sebuah sekolah berasrama penuh, lengkap dengan semua kemudahan yang disediakan secara percuma.  Anda juga akan diberikan elaun bulanan dan setelah tamat pengajian, 
anda akan terus diberikan pekerjaan yang tetap dalam Angkatan Tentera Malaysia. 
         
        Syarat-Syarat Kelayakan         

 Umur. 
         Telah berumur sekurang-kurangnya 15 tahun 6 bulan tetapi tidak melebihi  
        17 tahun 6 bulan pada 24 Februari 2012 hari ia didaftarkan. 
     
 Akademik.
         Lulus peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan sekurang- 
        kurangnya memperolehi 2B (dalam mata pelajaran Matematik dan Sains) dan 3C 
        (termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan salah satu mata  
        pelajaran lain)  dan tidak memperolehi E dalam mata pelajaran yang lain

Gaji/Elaun   
        a. Elaun Bulanan – RM 110.00
 (Berhak mendapat gaji dan elaun sebagai seorang anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia apabila genap umur 18 tahun). 
        b. Elaun Pakaian – RM 200.00 
(Sekali sepanjang tempoh  pengajian). 

 Syarat Tambahan 
 a. Calon dikehendaki membawa bersama surat kebenaran secara bertulis daripada  
        ibubapa atau penjaga untuk memasuki perkhidmatan Perantis. 
        b. Bersetuju menandatangani satu surat perjanjian untuk menjadi anggota Angkatan 
        Tentera Malaysia apabila genap umur 18 tahun. 

SIJIL DAN DOKUMEN. 
Calon-calon yang berminat dijemput hadir ke Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada jam 0800 pagi dengan berpakaian sekolah 
lengkap serta membawa Sijil dan Dokumen ASAL serta 1 salinan fotostat seperti berikut: 
      Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) dalam keadaan baik. Bagi pemegang Kad Pengenalan Sementara (JPN 9) kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan 
sehingga Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) diperolehi. 
  Sijil Daftar Kelahiran. 
   Sijil Akademik atau Slip Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). 
  Calon-calon juga dikehendaki membawa bersama sampul surat berukuran
 16 sm  x 23 sm bersetem RM 1.00. 
PUSAT PEMILIHAN: SEMUA TEMUDUGA BERMULA JAM 0800  PAGI HINGGA 0500 PETANG 
PUSAT PEMILIHAN
 26 JAN 2012 (KHAMIS) PORT DICKSON 
SEK PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD) 
KEM SI RUSA, 71050 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN  


Pertanyaan:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan,  
d/a Tingkat 13A, Menara Park, Jalan Yap Kwan Seng 50450 KUALA LUMPUR. 
Tel: 03-21753000 Sambungan 3175 atau 3178 
ATAU Layari Laman Web Tentera Darat di http://army.mod.gov.my 

 Fizikal. 
          Tinggi   - Minimum 1.52 sm.  
           Berat - Minimum 40.5 kg.  
        Ukuran Dada - Biasa 74 sm dan Tarik Nafas 79 sm. 
 
    Kesihatan. 
       Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. 
           Daya penglihatan mestilah terang tanpa memakai cermin mata atau 
        kanta sesentuh dan tidak rabun warna. 
 
Taraf Perkahwinan
        Bujang dan tidak pernah berkahwin. 
 
Kemudahan dan Keistimewaan. 
          Asrama dan sajian disediakan secara percuma. 
          Buku teks dan alat tulis disediakan secara percuma. 
            Perjalanan percuma untuk bercuti semester (pergi dan balik) 2kali setahun. 
         Kemudahan pakaian seragam secara percuma. 
             Kemudahan untuk bersukan. 
    
Nota:  
• Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes  
jenayah/juvana atau dadah serta tidak pernah dijatuhkan